Malaysia Dateline

PH sudah kuasai 55 kerusi, PN 35, GPS tawan 22 kerusi Parlimen

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan (PH) sudah menguasai 55 kerusi Parlimen setakat jam 9.15 malam ini.

Antara kerusi itu ialah Bagan, Bukit Mertajam, Tanjong, Bukit Bintang, Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin menang di 35 kerusi Parlimen.

Rekod tidak rasmi menurut myundi.com.my itu juga menyaksikan PN mendahului ‘musuhnya’, BN yang hanya disokong di 17 kerusi Parlimen.

Dalam masa sama, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menawan empat kerusi Parlimen dengan keputusan rasmi di Igan.

GPS secara umumnya dilihat mendahului daripada 31 Parlimen di Sarawak.

Baca juga Kiraan undi di 220 kerusi Parlimen, 117 kerusi DUN sedang berlangsung