Pinggan mangkuk berlonggok bukan lagi mimpi buruk jika tahu cara mencucinya.
Netizen terutama kaum Hawa berkongsikan cara membasuh pinggan mangkuk kotor supaya kerja mencuci menjadi lebih lancar.
Pengguna Facebook Syariza Ismail memberitahu pelbagai bentuk dan saiz bekas makanan itu perlu diasingkan mengikut kategori.
Kaedah sama yang membolehkan kerja membasuh jadi lebih cepat itu juga dipersetujui ramai warganet.
“Asing ikut jenis lagi senang. Kalau bercampur-campur tu mulalah kerja jadi lambat,” kata seorang netizen lagi.
Selain itu, ada yang memberitahu boleh cuba mendengar lagu kegemaran sambil mencuci pinggan.
“Kenapa mimpi buruk pulak? Best kot cuci pinggan. Cuba kau buat tu sambil pasang lagu kegemaran kau. Pasti tak bosan. Tahu-tahu siap semua kerja,” ujarnya.
Ada pula yang seronok mencuci pinggan sekiranya sabun yang diguna banyak buih selain bersembang sambil membasuh.
Baca juga Tunggu lampu hijau pun boleh tertidur, ini antara 7 perkara yang boleh dibuat pesakit narkolepsi
Baca juga Pusat sembelih ayam kotor dan meloyakan, premis diarah tutup