Ungkapan lazim didengar “biar nampak miskin tapi tiada hutang, dari berlagak kaya tapi hutang keliling pinggang” nampaknya tidaklah relevan memandangkan pinjaman untuk membeli rumah dan kereta tidak dapat dielak.
Apa yang paling penting adalah berhutang secara berhemah dengan mengelak membuat hutang baharu untuk perkara yang bersifat kehendak bukannya keperluan.
Sebanyak 58.1 peratus rakyat Malaysia berhutang untuk membeli rumah manakala Bank Dunia mendapati lebih 60 peratus isi rumah berpendapatan rendah dengan gaji bulanan RM4,000 ke bawah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menampung keperluan asas mereka pada penghujung 2021.
“Berhutang dengan cara berhemah. Rumah dan kereta okey berhutang tapi kalau hutang produk kecantikan tu, tak okey,” seloroh pengguna Facebook, Mohd Khalid.
Hal sama tidak terkecuali dalam kalangan penjawat awam yang ada ketikanya disalah anggap sesetengah pihak sebagai “berlagak kaya tapi hutang keliling pinggang”.
“Biasalah kerja kerajaan mesti hutang sampai pencen atau lepas pencen masih ada potongan. Pinjaman rumah, kereta, peribadi. Kalau tak berhutang macam mana ?” soal Abd Razak Abd Rashid.
Untuk rekod, pinjaman kenderaan dan perumahan membentuk 89 peratus hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat Disember tahun lalu.
Sementara itu, bagi Dzurus Apin pula berpendapat orang miskin tidak mampu buat “hutang keliling pinggang” memandangkan bank meletakkan syarat-syarat tertentu untuk layak membuat pinjaman.
“Orang miskin tak mungkin boleh pinjam bank. Hanya yang berkemampuan bayar balik pinjaman akan dipertimbangkan,” katanya.
Dalam masa sama, ada yang berpandangan motivasi untuk giat menambah hasil pendapatan lebih meningkat sekiranya menambah hutang baharu.
“Ada satu tauke besar cakap, mesti mau ada hutang, baru ada semangat cari duit,” kata Dennis Johnny.
Baca juga Laju melulu, main telefon, tak pakai tali pinggang keledar – Pemandu wanita ini teruk kena kecam
Baca juga Membimbangkan! Nak dekat PRU15, negeri ini pula melambung lebih tiga kali ganda kes demam denggi