Satu ciapan pendek dari Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila meminta rakyat Malaysia untuk tidak memberinya apa-apa gelaran seperti ‘papa’, terutama selepas perdana menteri terdahulu mendapat gelaran-gelaran sedemikian.
Ini selepas seorang pengguna Twitter meninggalkan komen di Twitter Anwar dengan menulis “Selamat pagi papa”.
Ia kemudian menarik perhatian Ahli Parlimen Tambun itu yang kemudian meminta individu tersebut untuk tidak berbuat begitu.
“Please don’t do that (Tolong jangan buat seperti itu),” katanya.
Bekas perdana menteri terdahulu terutama Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan panggilan bapa dalam usaha menggambarkan diri mereka sebagai kebapaan.
Mahiaddin menggelarkan dirinya Abah manakala Ismail Sabri sebagai Pak Long Mail.
Mahiaddin terus menggunakan gelaran ‘Abah’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Melihat reaksi netizen terhadap respon Anwar berkenaan hal itu, ramai yang nyata terhibur sambil berkongsikan beberapa memes lucu.
Baca juga: Bekas Ketua Balai polis terima rasuah RM6,000 dari pusat hiburan yang langgar SOP PKP
Baca juga: [VIDEO] Pak Nil luah rasa sebak lihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan tulang belakang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio