Tindakan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak tunduk pada desakan pimpinan parti beliau sendirii dalam urusan mahkamah adalah satu sifat bertanggungjawab yang harus diteruskan tanpa rasa gentar dan bimbang.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, apabila PM tidak mahu mencampuri urusan mahkamah, ia memberi satu mesej yang jelas kepada pemimpin Umno.
“PM sudah memberi mesej yang jelas bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana kluster mahkamah dan apa yang berlaku terhadap pemimpin yang di bawa ke muka pengadilan adalah atas tanggungjawab mereka sendiri.
” Ini merupakan suatu pengorbanan besar yang telah dilakukannya terhadap pimpinan parti beliau sendiri walaupun menyedari ia akan disisihkan oleh pimpinan Umno.
” Tindakan berani beliau tidak tunduk pada kehendak pimpinan Umno yang berada dalam kluster mahkamah adalah kesinambungan tindakan yang senantiasa diperjuangkan oleh pembangkang dan Pakatan Harapan sejak begitu lama memperjuangkan proses pemisahan kuasa,” ujar beliau ketika dihubungi.
Sehubungan itu tegasnya, kluster mahkamah kini. mulai mencari dahan untuk bergayut, tapi ternyata dahan yang sedang mereka capai, semakin rapuh dan boleh patah pada bila- bila masa sahaja.
Baca juga: Tindakan kerajaan Harapan mulakan dakwaan ke atas Najib, Rosmah berikan hasil hari ini
Baca juga: Warga emas status duda dipenjara 10 tahun lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak