‘PM kita ni memang ada masalah memori yang serius ke?’- Netizen selongkar ‘Taxes Fried Chicken’ dibuka 2013

Oleh NASUHA RAHMAN

Netizen bertindak selongkar maklumat berkaitan operasi restoran Taxes Fried Chicken di Malaysia yang bermula pada 2013 selepas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbau nostalgia bercinta dengan isterinya.

Naib Presiden Umno berkenaan mendedahkan beliau dan isteri mula bercinta sejak sekolah di mana masing-masing di tingkatan enam atas dan enam rendah.

“Mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu. Saya dan Datin Sri bercinta sejak bersekolah, masa tu saya di Tingkatan 6 Atas dan Datin Sri di 6 Rendah,” kongsi Ismail di Facebooknya.

'PM kita ni memang ada masalah memori yang serius ke?'-Netizen selongkar 'Taxes Fried Chicken' dibuka 2013

Menurut Ahli Parlimen Bera berkenaan tempat paling hebat ketika dia dan isteri keluar janji temu atau dating di beberapa restoran makanan segera.

“Tempat makan yang paling hebat sewaktu ‘dating’ ketika itu di ‘fast food’ restoran sahajalah. A&W, KFC, Texas Fried Chicken dan lain lain.

“Kalau ‘time’ saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe,” ujarnya lagi.

Ismail berkongsi hantaran itu selepas program sambutan Hari Malaysia di mana beliau dan isteri singgah di restoran McDonald’s di Air Keroh Melaka.

“Teringat waktu muda dulu. Kini kami dah jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta.

'PM kita ni memang ada masalah memori yang serius ke?'-Netizen selongkar 'Taxes Fried Chicken' dibuka 2013

Bagaimanapun hantaran Ismail mengundang teguran netizen di mana restoran Texas Fried Chicken yang disebutnya hanya mula dibuka di Malaysia pada 2013.

“PM kita ni memang ada masalah memori yang serius,” kata Jamzuri Ardani.

“Semail… oh Semail. Bab menipu taknak kalah kau ya. Ko pikir netizen Malaysia ni kambing?” tempelak Man Toba.

Baca juga: Babak ‘Abdullah Bin Mubarak’ Mat Kilau di Netflix tidak disunting buat penonton keliru

Baca juga: Minat memandu bas, pemuda ini tolak tawaran belajar di tiga universiti