Perdana Menteri (PM) Singapura Lee Hsien Loong selain mengucapkan taniah beliau juga tidak sabar untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi kedua negara Malaysia dan Singapura.
Lee Hsien Loong berkata demikian dalam kenyataan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Menurut Lee pertemuan itu nanti bagi membincangkan bagaimana Singapura dan Malaysia boleh memajukan hubungan dua hala.
“Tahniah saya ucapkan atas kemenangan anda pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Tahniah juga kepada Pakatan Harapan (PH) atas prestasi mantap pada Pilihan Raya Umum.
“Saya dan Ho Ching mendoakan kesihatan dan kebahagiaan anda dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail,” katanya.
Lee berkata jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini datang ketika “persekitaran serantau dan global kita” berhadapan cabaran yang sangat ketara.
“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.
Menurut Lee, Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan substantif yang telah lama terjalin, disokong oleh “hubungan sejarah kita, kerjasama pelbagai segi, dan hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh.”
Sepanjang pandemik COVID-19, Lee berkata kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi yang teguh menyokong antara satu sama lain.
“Koordinasi rapat antara menteri dan pegawai membolehkan kita mengekalkan aliran barangan keperluan dan pekerja, dan membuka semula sempadan dengan cepat dan berkesan.
“Kami juga telah menjadi rakan kongsi rapat di ASEAN, yang kekal menjadi pusat kepada kestabilan di Asia Tenggara di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat,” kata beliau dipetik Bernama.
Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menghubungi pengerusi Pakatan Harapan itu selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata pemimpin yang lebih mesra digelar Jokowi itu menjadi pemimpin pertama yang menghubunginya.
“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi (pelaburan), budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” kata Anwar.
Dalai Lama dan beberapa duta besar ke Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.
Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov.
Baca juga: Anwar Ibrahim PM10: Malaysia bersedia untuk reformasi di bawah PH
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio