Malaysia Dateline

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di belakang kuil dekat Batu Arang

Polis cari Mohd Faizul selepas penemuan mayat nenek dengan kesan cedera, beberapa barang peribadi hilang

Polis ingin menghubungi Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, ekoran penemuan mayat seorang nenek dengan kesan cedera dan beberapa barang peribadi warga emas itu hilang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, memberitahu Faizul yang beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau ingin dihubungi untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis menemui mayat wanita berusia lingkungan 70-an maut di rumahnya di Taman Paroi Jaya, di Seremban selepas polis menerima panģilan pada jam lebih kurang 8.25 malam, memberitahu kejadian itu.

Beliau memaklumkan hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan nenek itu dan beberapa barang miliknya telah tiada.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat.

Menurutnya, saksi atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Asisten Superintendan Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.

Baca juga ‘Asal bertemu urat, daging bertemu jasad, bangkitlah!’ – Filem musuh yang nyata bagi manusia ini lahir sebelum Covid-19

Baca juga Hangat bercinta kongsi gambar lucah, video bogel: Malu besar sampai berhenti universiti akibat dendam bekas teman wanita