Malaysia Dateline

Polis sedang buru 2 lelaki tempatan buat perkara tidak senonoh dalam surau

Pihak polis kini sedang memburu dua lelaki tempatan yang membuat perkara tidak senonoh di dalam surau sebagaimana dilaporkan oleh bilal surau terbabit.

Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Langat telah mengesan satu video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di dalam media sosial di mana terdapat dua lelaki tempatan telah membuat perkara tidak senonoh di dalam surau.

Ini berikutan pihak polis menerima laporan polis daripada lelaki warga tempatan berumur 54 tahun iaitu seorang bilal di surau berkenaan mengatakan telah melihat rakaman CCTV terdapat dua lelaki tempatan melakukan aksi tersebut.

Pihak polis menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam CCTV terbabit

“Kes disasiat di bawah seksyen 377D kanun keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di temoat awam yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini supaya tampil untuk membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd [email protected]

Terdahulu, Pengurusan Surau Al-Falah, Pekan Banting, di sini, membuat laporan polis susulan perbuatan tidak senonoh dua lelaki dalam ruang solat seperti yang tular di laman sosial.

Pengerusinya, Mohd Hamdan Sapar berkata, kejadian berlaku jam 4.10 petang kelmarin.

Katanya, hasil penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku ketika jemaah tidak ramai.

“Pihak surau amat kesal dan sedih dengan apa yang berlaku. Kami sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semoga Allah mengampuni dan melindungi kita semua.

Terdahulu, tular video dimuat naik di Twitter menunjukkan tindakan berani dua lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam surau yang dirakam melalui CCTV.

Menerusi video itu, kelihatan seorang daripada lelaki terbabit memegang dan meraba rakan di sebelahnya.

Lebih teruk lagi apabila mereka turut bercium sebelum membuka seluar ketika masih ada seorang lagi jemaah sedang menunaikan solat di dalam surau.

Perbuatan terkutuk dua lelaki itu mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan dua lelaki terbabit biadap dan keterlaluan kerana tidak menghormati rumah Allah.

Baca juga: Adakah kemuka calon berpelajaran tinggi atau profesional memberi kelebihan?-Pengundi nak pakar pandai cari peruntukan

Baca juga: Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia di usia 92 tahun, anda pasti terkejut dengan sebab kematian