Malaysia Dateline

Produk pun orang tak pernah kenal tiba-tiba jadi jutawan, wanita ini bongkar taktik ‘founder’ timbang kilo jadi kaya

Sejak lima tahun lalu, peratusan suri rumah dan wanita bujang mencari duit tepi untuk menambah sumber pendapatan, semakin meningkat. Ada yang memilih buat ‘part time’ di pasar raya, tetapi untuk suri rumah kebanyakannya memilih menjadi ejen dan stokis sesuatu produk.

Trend ini semakin diikuti dan tidak dapat disangkal, ramai yang mula membina pendapatan dan kerjaya sendiri bermula sebagai ejen produk. Namun kebelakangan ini kita mendengar banyak cerita yang agak tidak sedap berkenaan ejen yang terpaksa menanggung rugi disebabkan stok bertimbun-timbun.

Ketika ini ada seruan untuk rakyat Malaysia berhenti menjadi ejen kepada pengasas produk terutama timbang kilo.

Seruan dibuat agar lebih ramai tidak tertipu dengan taktik ‘founder’ kosmetik yang banyak melakukan penipuan.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Intanzs Marrsz Cella, dia mendedahkan taktik sebenar bagaimana usahawan kosmetik timbang kilo boleh menjadi jutawan sehingga boleh menayangkan kemewahan untuk memerangkap lebih ramai menjadi ejen mereka.

Dakwanya, yang menjadikan founder ini jutawan adalah disebabkan kehadiran ejen yang secara tidak sedar telah menjadi pelanggan utama founder berkenaan. Kerana itu ramai founder kaya raya tanpa mempedulikan apa yang akan terjadi pada nasib ejen mereka.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Saya nak menyeru rakyat Malaysia semuanya untuk unfollow semua founder kosmetik di Malaysia ni. Jangan bagi diorang perhatian. Biar diorang post dekat media sosial sendu tak ada siapa pun Like.

Sebab apa? Sebab dia orang ramai tipu. Dia selalu post dekat media sosial tayang kemewahan dia sebab dia nak ajak orang jadi agent dia.

Orang yang tengah susah duit mula lah tertarik dengan gaya hidup mewah dia, nak jadi agent dia. “Marilah menjana pendapatan dengan jual kosmetik xxx” bergambar tayang rumah besar kereta mewah. Tapi sebenarnya masuk perangkap.

Kau nak tahu macam mana dia jadi jutawan sedangkan produk dia tak pernah pun nampak orang pakai? Tak pernah nampak pula dijual dekat pasar raya? Sebab ejen ialah pelanggan founder.

Founder beli produk timbang kilo. Tampal sticker nama dia. Jual secara pukal kepada agent. Agent keluar duit berpuluh ribu beli stock. Tapi sebab produk tak famous, tak berkesan, tak ada siapa pun beli. Siapa yang tanggung kerugian? Agent. Founder goyang kaki sebab dah jual stok secara pukal dah kepada agent.

Lepas tu salahkan agent. “Kau tak pandai marketing ni… Masuk kelas aku ajar kau marketing.” Keluar lagi duit beribu nak bayar kelas marketing dia yang sebenarnya haram apa pun tak berguna. Lepas tu ulang balik kitaran di atas tu.

Aku harap sangat orang Melayu kita jangan tertipu dengan helah founder kosmetik yang buat macam ni. Dia orang jadi jutawan hidup mewah hasil buat kerja macam ni. Agent yang cuba nak berniaga tersontot.

Pelanggan pula tak payahlah beli kosmetik jenama pelik-pelik letak kat muka kau. Rosak kulit muka kau je. Kalau betul kau nak beli kosmetik murah kau pergi je beli dekat farmasi, Watsons ke Guardian ke.

Ataupun kau pergi je ke Shopee Mall. Ada banyak jenama bagus dan tak mahal jual kat situ. Ni aku bagi beberapa contoh;

Nivea, Maybelline, L’oreal, Garnier, Olay, Innisfree, Eucerin, Some By Mi.

Aku sedih tengok pakcik makcik kena tipu dengan founder macam ni. Aku lagi respek kau bukak gerai berniaga kopi tepi jalan dari kau jual kosmetik timbang kilo ni.

Sedarlah bangsaku.

Apa kata anda?

Baca juga: Ringkasan laporan PAC isu kapal LCS, kita bincang dari ‘kulit ke kulit’ – Siri 1

Baca juga: Ibu bapa terpaksa belanja lebih lepas sekolah larang pakaian seragam tidak berjenama