Program 3 hari tiada permit, PBT buta ke? Kerajaan Kedah dikecam gara-gara ‘terlepas’ fesyen tayang dada tersembul

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai terus-menerus mengecam kerajaan negeri Kedah gara-gara penganjuran Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) selama 3 hari yang turut menampilkan model tayang dada tersembul.

Pentadbiran kerajaan negeri diterajui Pas itu teruk dicemuh dan disindir warganet susulan tersebar gambar model yang nampak macam wanita memakai sut potongan formal serba hijau yang merupakan warna parti Pas tanpa coli sekaligus menampakkan bahagian dadanya.

Dalam masa sama, ramai mempersoal bagaimana pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh ‘terlepas pandang’ program yang bermula 5 hingga 7 Ogos itu di pusat beli-belah, Aman Central, Kedah.

“Program tu berlangsung sampai 3 hari tiada mana-mana pihak pun datang buat serbuan minta lesen atau permit.

“Kalau peniaga kecil jual air tepi jalan laju saja penguatkuasa mintak lesen. Takdir!” perli Khairul Faezi.

Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menerusi kenyataannya berkata, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan PBT.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Namun, Aman Central dalam kenyataan rasmi sebentar tadi memaklumkan pihaknya telah mendapatkan kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum program itu berlangsung.

Walau apapun alasan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas, penganjuran minggu fesyen yang turut menampilkan peragawati yang diragui status jantina itu berlangsung selepas hanya sebulan Kedah dilanda bencana geologi aliran puing Sungai Kupang.

Penampilan model tanpa bra itu berlaku selepas bencana teruk di Kampung Iboi dan perkampungan di hilirnya pada 4 Julai lalu telah meranapkan 17 rumah dengan hampir 3,600 penduduk terjejas bersama anggaran kerugian berjumlah RM26 juta.

Pertunjukan fesyen KFW22 yang antara lain mengetengahkan jenama Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture dan Carl Rino itu berlangsung ketika Kedah merekodkan jumlah penduduk miskin tegar keempat tertinggi di Malaysia dengan sebanyak 17,928 keluarga.

Kedudukan Kedah mengikut data eKasih sehingga 15 Februari lalu itu selepas Sarawak sebanyak 62,930 keluarga diikuti Kelantan (42,131) dan Sabah (40,938).

Memandangkan pemimpin dan penyokong Pas dilihat cenderung menunggang agama sepanjang tempoh singkat 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), tidak hairanlah kecaman dan sindiran orang ramai bertalu-talu ekoran kelibat model tayang dada tersembul dalam pertunjukan fesyen di Kedah.

“Mereka semakin berani, kata walaun pada zaman PH,” tulis Husin Leman manakala Chie Thie mengingatkan, “Jaga-jaga Kedah baru lepas dilanda bencana.”

Sementara itu, Sudirman Kamal pula secara sinis berkata, “Untunglah zaman Islam memimpin ni, boleh tek kat pentas.”

Begitu juga Mohd Sanawi Mohd Sanusi yang perli, “Lembab. Mereka semakin berahi.”

Baca juga JAS baru terima permohonan bulan lalu tetapi ladang sudah penuh pokok durian

Baca juga Panas !!! Sanusi balas ejekan TMJ pada Kedah, “Apa punya peluru Kapoq”