Malaysia Dateline

Projek perumahan mampu milik DUN Permatang Pasir, Faiz berjaya realisasikan impian rakyat

Agenda perumahan rakyat sememangnya menjadi keutamaan yang diperjuangkan bagi memastikan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 menjadi realiti khususnya projek perumahan untuk rakyat di Dun Permatang Pasir.

ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, dengan pembinaan projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Pengkalan Tambang, Dun Permatang Pasir kali ini ia membuktikan agenda yang diperjuangkan bagi memastikan rakyat menikmati tempat tinggal yang adil dan selesa akan menjadi realiti apabila projek perumahan tersebut siap kelak.

“Inilah keadilan sosial yang diperjuangkan iaitu ‘satu keluarga satu rumah’ dan projek yang akan dibina ini melibatkan Rumah Kos Rendah 3 (RMM jenis A) iaitu rumah pangsa sebanyak 350 unit berharga RM42,000 seunit dan RMM (jenis C3) sebanyak 440 unit berharga maksima RM250,000 seunit atau rumah bandaran (town house) termasuk kemudahan-kemudahan lain seperti dewan komuniti, surau dan sebagainya.

Projek perumahan mampu milik DUN Permatang Pasir, Faiz berjaya realisasikan impian penduduk
Faiz Fadzil

“Kuota khas pembeli melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang amat diharapkan dapat diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan memiliki rumah melalui projek RMM tersebut.

“Ia akan diberi keutamaan kepada penduduk di sini dan pembangunan di kawasan Dun ini tetap menjadi prioriti demi kesejahteraan penduduk serta pemaju haruslah memastikan projek RMM ini lengkap dengan fasiliti awam termasuklah jalan berturap tar di Kampung Kota dan sistem perparitan besar yang baru bagi memastikan eko-sistem asal orang kampung di kawasan tersebut terpelihara.

“Dengan terbinanya projek perumahan ini ia merupakan satu lagi kejayaan saya sebagai Adun AMANAH dan PH serta mercu tanda pembangunan bagi memastikan keperluan perumahan penduduk dalam kawasan ini,” ujar beliau ketika dihubungi.

Ujarnya lagi, projek di atas sebidang tanah seluas 23 ekar di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir tersebut akan mempunyai tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang turut merupakan satu lagi ‘milestone’ dalam usaha kerajaan negeri menjayakan agenda perumahan rakyat bagi kawasan terbabit.

Baca juga: Bahaya! Virus cacar monyet boleh menyebabkan zakar membengkak, dubur berdarah

Baca juga: Peras ugut ahli perniagaan, 9 anggota polis ditahan