Malaysia Dateline

PRU15 musim banjir – Ini penjelasan Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ucapannya bahawa BN sanggup meredah banjir jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini sengaja dimanipulasi kononnya parti itu tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ucapannya pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, Sabtu lepas adalah bagi tujuan semangat dan kesiapsiagaan.

Jelas Presiden Umno berkenaan, ucapannya itu juga memberi gambaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa jentera BN sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan PRU15 milik parti dacing itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa ucapannya itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, rumusan kepada ucapannya adalah mudah iaitu BN sudah bersedia menghadapi PRU15 pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun.

Jelasnya, BN percaya kepada kemampuan dan kewibawaan SPR untuk menjayakan amalan demokrasi dalam sebarang situasi.

“Namun, jika benar lawan BN khuatir PRU15 diadakan semasa banjir, ia bukan alasan terbaru demi menyelamatkan politik mereka, maka kita adakan PRU15 sekarang.

“Sudah masa untuk mereka ‘walk the talk’ dan `tekanlah butang’ supaya SPR boleh tetapkan tarikh terhampir untuk rakyat memilih sebuah kerajaan baharu yang stabil dan lebih kukuh kerana rakyat tidak pernah lupa dan mudah tertipu lagi dengan kisah dipertontonkan oleh kerajaan 22 bulan,” tambah Zahid lagi.

Baca juga Perluas skop caruman Perkeso kepada skim pencen sektor swasta

Baca juga Taliban bakal haramkan TikTok dan PUBG dalam masa 90 hari