Malaysia Dateline

‘Pulanglah Abah, lama dah tu dekat London, jelaskan segera skandal RM92.5 bilion’

Sekeping gambar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang telah disunting tular di laman media sosial Twitter sejak semalam.

Dalam gambar tersebut, tertulis kapsyen yang berbunyi: “Pulanglah Abah, Muhyiddin sudah terlalu lama di London. Baliklah ke Malaysia dan jelaskan RM92.5 billion”.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna yang bernama @bumilangit itu turut memperlihatkan foto Mahiaddin yang juga bekas perdana menteri disunting memakai seragam merah menyerupai pengawal diraja London.

Kongsian ini ditonton hampir sejuta pengguna dan mengundang pelbagai reaksi sinikal dari kalangan pengguna media sosial.

“Banyak betul duit abah boleh tinggal di London lama-lama ya. Bagilah sikit dekat anak-anak abah ini. Kesian kami ditinggalkan,” kata pengguna bernama Motzarella.

“Mahiaddin nanti buat Perikatan Nasional dekat UK (United Kingdom) namanya National Alliance dan buat kerajaan pintu belakang di sana,” kongsi pengguna lain.

Beberapa pengguna turut menuntut jawapan Mahiaddin mengenai dakwaan penyelewengan dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion.

“Pulanglah dan pulangkan RM92.5 billion. Malaysia sedang menunggu,“ kata pengguna bernama JM.

“Penjelasan berbentuk PDF juga tiada.” Seloroh pengguna bernama Luqman Karim.

Minggu lalu, media melaporkan kepergian Ahli Parlimen Pagoh ke ibu kota England itu adalah untuk bertemu dengan beberapa pemimpin Umno.

Pertemuan yang diberikan jolokan ‘Langkah London’ itu dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

Baca juga: ‘Dah macam Final Destination’, pemandu terkejut besi dari lori pecahkan cermin depan kereta atas lebuh raya