Pulau Pinang menjadi negeri pertama wilayah Utara yang menyediakan rangkaian spektrum 5G.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang komited untuk menambah baik kemudahan telekomunikasi melalui Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang (PCMP) bersama dengan sembilan syarikat telekomunikasi tempatan bagi merealisasikan impian tersebut.
“Bagi memastikan kemudahan telekomunikasi bertaraf dunia dapat disediakan, satu ekosistem digital yang komprehensif akan dibangunkan melalui Pelan Induk Transformasi Digital (DTMP) bagi mewujudkan komuniti yang berdaya saing, ketersambungan dan kreatif.
” Sebanyak 151 lokasi di bahagian Pulau telah dikenal pasti melalui Pelan Pelaksanaan 5G yang mana 58 lokasi adalah struktur telekomunikasi 5G yag baharu dan baki 93 lagi adalah struktur sedia ada yang dinaik taraf ke spektrum 5G.
“Di Seberang Perai pula, sebanyak 235 lokasi bertaraf 5G akan dibangunkan mulai awal tahun 2023. Pulau Pinang juga merupakan antara enam negeri di Malaysia telah dipilih untuk melaksanakan Projek Demonstrasi 5G dengan anggaran kos sebanyak RM23. 2 juta membabitkan tujuh syarikat telekomunikasi tempatan, ” jelas beliau.
Tambahnya, berdasarkan statistik liputan telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada suku pertama 2022, Pulau Pinang mencatatkan rekod kadar penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap. 100 penduduk sebanyak 152.6 peratus dan ianya melebihi kadar nasional yang berjumlah 124.1 peratus.
Baca juga: Elak insiden lemas, ini cara selamatkan diri bila terperangkap dalam arus karau
Baca juga: Rompak kedai emas, kerugian dianggarkan RM660,000