Malaysia Dateline

‘Puzzle’ paling mahal, lelaki tawan puncak Gunung Kinabalu untuk lengkapkan gambar duit RM100

Demi melengkapkan gambar pada sekeping duit RM100, seorang lelaki gigih menawan puncak Gunung Kinabalu.

Video tersebut dikongsikan di akaun pengguna TikTok, Nik Izzuddin Omary menunjukkan kegigihan dirinya demi memadankan imej gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

“Puzzle paling mahal berjaya diselesaikan,” tulisnya di kapsyen.

@omary_nik

puzzle paling mahal berjaya diselesaikan ✅🗻

♬ original sound – Nik Izzuddin Omary – Nik Izzuddin Omary

Di ruangan komen, Nik memaklumkan dia mengambil masa dua hari satu malam, malah sempat tidur di rumah rehat Panalaban.

Warganet mula berseloroh bertanya sama ada dia meletakkan duit di puncak gunung, malah ada yang risau duit tersebut terbang.

“Kalau melayang duit tu huuu naya ooo,” komen @Syah.

“Igatkan nak tinggal kat puncak lepas itu, siapa jumpa dia dapat,” komen @Khairun-Nisa.

Seorang lagi pengguna memuji kecantikan pemandangan dari bahagian puncak gunung.

“Dah lama tak hiking, risau la stamina tak kuat tapi teringin nak naik. Dapat lihat pemandangan macam tu,” komen @EinnaPinkaa.

Baca juga: Dulu kata tak kenal, akhirnya persoalan terjawab lepas Syihan sah sertai JDT