Malaysia Dateline

Rafizi akan mempercepatkan program basmi kemiskinan tegar di 5 buah negeri

Tumpuan utama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli dalam bulan pertama ini ialah mempercepat dan menambahbaik program basmi kemiskinan tegar di seluruh negara.

“Supaya kita jaga golongan yang paling tertekan, sementara kita memperkenalkan inisiatif ekonomi kepada golongan-golongan lain,”kata Rafizi.

Justeru pada bulan ini, Rafizi mencapai rekod baru apabila mahu bertindak terhadap kawasan miskin tegar seperti negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Walaupun di negeri-negeri tersebut terdapat banyak sumber dan masa Kerajaan Persekutuan adalah untuk membantu masyarakat.

“Insya Allah dengan perancangan ekonomi yang lebih baik, kehidupan penduduk di kawasan bandar juga akan bertambah baik.

“Saya akan beri kemaskini mingguan dan mulai Januari 2023, akan beri laporan prestasi program basmi miskin tegar secara bulanan yang disiarkan di media sosial,” kata berliau dalam Facebooknya.

Rafizi juga akan bagi kemaskini mingguan mengenai fungsi, perancangan dan pelaksanaan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi.

“Setakat hari kesepuluh saya memikul amanah ini, sudah tentu berpuluh mesyuarat yang saya perlu hadir.

“Sebahagiannya taklimat untuk memahami perancangan dan pelaksanaan setakat ini, sebahagiannya mengenai tumpuan segera yang perlu dibuat kepada beberapa pendekatan baru.

“Ada juga tugas harian dan mingguan yang perlu diselesaikan kerana selepas pembubaran Parlimen, banyak keputusan-keputusan tertunggak,”katanya.

Secara amnya, Rafizi memberitahu Kementerian Ekonomi bertanggungjawab terhadap perancangan jangka panjang ekonomi negara.

Selain itu katanya menetapkan dasar dan menyelaras pelaksanaan di peringkat pelbagai kementerian agar hala tuju ekonomi negara bergerak ke arah negara berpendapatan tinggi

“Kementerian Ekonomi juga bertanggungjawab mengendali dan mengawal selia pelaksanaan projek-projek pembangunan di seluruh negara,”katanya.

Baca juga: Saman terhadap Sanusi barangkali amaran awal buat Hadi