Rakyat Kelantan terpaksa memandu dekat 3 jam untuk menonton Mat Kilau di pawagam namun Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan rakyat negeri itu tidak bising tentang pawagam sebaliknya mereka boleh menonton filem di Netflix.
Mohd Amar dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak akan menarik semula pengharaman pawagam di negeri tersebut memandangkan tiada permintaan yang dibuat oleh penduduk di sana.
Namun katanya, kerajaan negeri tidak menghalang penduduk membuat pilihan demi untuk menonton filem yang ditayangkan.
“Orang Kelantan tak bising pasal pawagam sebab diorang boleh tengok banyak filem kat Netflix. Netflix kan ada semua? Jadi kenapa perlu bayar duit untuk pergi tengok wayang?”
“Takkan kaji semula”, katanya dalam satu temu bualnya di saluran YouTube FengRenGuan.
Sehubungan itu, rakyat Kelantan Mohd. Azwar Sharifuddin, 41, berkata, dia dan rakan-rakannya sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam ke Terengganu untuk memberi menonton sekali gus menyokong industri filem tempatan.
Beliau sangat berharap kerajaan negeri Kelantan dapat mengkaji semula cadangan untuk membuka kemudahan panggung wayang di negeri ini.
“Kalau nak buat secara patuh syariah pun, kami sedia. Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk menonton filem bersama-sama keluarga,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Bagi Ahmad Fikeri, 42, berpandangan, kerajaan negeri perlu memberi peluang kepada rakyatnya untuk menikmati hiburan tetapi masih mengikut syariat Islam.
Dia tidak kisah sekiranya tempat duduk lelaki dan wanita diasingkan kerana rakyat Kelantan mahukan kemudahan tersebut dan kerajaan negeri seharusnya melihat dari sudut positif kewujudan pawagam ini yang secara tidak langsung akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri.
Seorang lagi penduduk Kelantan, Mohammad Aswady Adenan, 41, berkata, dia kecewa tidak dapat menonton filem yang penuh dengan nilai patriotik itu dan disebabkan rasa ingin menonton filem tersebut, dia terpaksa mengambil masa perjalanan selama tujuh ke lapan jam untuk ke Kuala Lumpur dan tiga jam jika ke Terengganu.
Kelantan telah mengharamkan panggung wayang dan juga kedai nombor ekor sejak PAS berkuasa di negeri tersebut pada 1990.
Malah, kerajaan negeri turut menegaskan bahawa mereka tidak akan mengkaji semula larangan tersebut seperti yang dibuat oleh mana negeri-negeri di bawah naungan Pas seperti Kedah dan Terengganu.
Isu ini menjadi perbualan hangat selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli yang pernah menentang pembukaan pawagam pada tahun 2016 tetapi menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Lembah Klang.
Filem Mat Kilau yang baru ditayangkan di pawagam sememangnya menjadi rebutan orang ramai untuk tidak melepaskan menonton filem tersebut.
Malangnya, ketiadaan kemudahan untuk menonton filem baru itu di Kelantan membuatkan rakyat di negeri itu terpaksa keluar ke negeri lain untuk menontonnya.
Baca juga: 25% cukai 50% panggung: Kerajaan wajar semak semula, ia tidak adil risiko ditanggung penerbit
Baca juga: Doktor terdiam wanita mahu jumpa bidan lepas mengandung luar rahim, ingat boleh masukkan balik
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio