Malaysia Dateline

Rakyat Kelantan tanggung beban ribuan ringgit dari kegagalan AKSB

Rakyat Kelantan terpaksa menanggung beban ribuan ringgit bagi menghadapi masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan kerana kegagalan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, rakyat Kelantan terpaksa memasang tangki untuk simpanan air dan memasang pam untuk ‘menyedut’ air tekanan rendah dari paip retikulasi AKSB.

Dalam pada itu, kata Husam jika air terus bermasalah, rakyat akan beralih kepada membuat telaga tiub sendiri di rumah masing-masing.

Dan Husam peracaya disebabkan inilah bilangan akaun pengguna AKSB menurun atau rendah.

“Kita cuba lihat kos atas pilihan pertama tadi iaitu memasang tangki tambahan di rumah masing-masing. Jika tekanan air tinggi, memasang satu tangki di tempat yang lebih tinggi sudah mencukupi. Jika tekanan air AKSB rendah tangki atas bumbung rumah tak dapat diisi.

Rakyat Kelantan tanggung beban ribuan ringgit dari kegagalan AKSB
Pam air berharga lebih RM550 perlu disediakan untuk memastikan bekalan air tidak terputus

“Pengguna terpaksa memasang satu lagi tangki bawah iaitu tangki atas tanah (suction tank) dan pam. Air akan dipam dari tangki bawah ke tangki satu lagi di tempat yang lebih tinggi tadi,” katanya.

Untuk menyediakan kelengkapan dan keperluan ini, rakyat Kelantan harus menyediakan kos tambahan iaitu;

a) Beli tangki 250 gelen : RM 350. Jika dua tangki : RM 700
b) Bola tangki RM 30. Jika dua : RM 60
c) Pam air RM 550 (Hitachi)
d) Pemasangan paip dan tangki : RM 100
e) Pemasangan pam dan letrik: RM 100
f) Bil letrik purata RM 100 sebulan
g) Penyelenggaraan purata RM 10 sebulan

Menurut Husam, kos yang perlu ditanggung atas kegagalan AKSB ini RM 1,130 atau RM 1,540 untuk permulaan manakala RM110 untuk perbelanjaan berulang setiap bulan.

“Tak fasal-fasal penguna terpaksa menanggung beban kewangan yang tak sepatutnya.

“Setiap bulan, selain dari bil air Aksb, terpaksa pula menanggung tambahan bil elektrik.

“AKSB sudah menjadikan perkara ini syarat permohonan bekalan air kepada pemaju perumahan di kawasan bermasalah).

[email protected] Kelantan tolong tengok-tengokkan,” kata Husam.

Justeru Husam meningatkan kerajaan Kelantan agar menguruskan AKSB dengan profesional, telus dan beramanah.

“Kurangkan kerugian dan projek membazir. Fikirkan solusi yg tepat dan bukan ‘impromptu’ sehingga menemui kegagalan. Jangan wang habis, masalah air tak selesai,” tegasnya lagi.

Baca juga: Reputasi Malaysia akan rosak jika tambatan ringgit dilakukan

Baca juga: Influencer dengan mata unik impi nak jadi model