Malaysia Dateline

Rakyat Malaysia bawa RM50 ke Dannok Thailand macam-macam boleh beli, RM50 sarapan di Langkawi pun tak cukup

Seorang rakyat Malaysia mendedahkan dengan RM50 tunai beliau boleh membeli bermacam-macam jenis makanan di Dannok Thailand.

Pengguna akaun TikTok PrinceOfDannok difahamkan telah mengadakan trip ke Dannok Thailand pada 21 September lalu di mana di situ cukup terkenal dengan syurga makanan.

Pendek kata amat rugi jika ke sana tanpa mencuba pelbagai makanan yang dijual.

Dengan berbekalkan tunai sebanyak RM50 atau 400 baht Thailand beliau telah membeli 7 jenis makanan termasuk makanan viral halal food.

Rakyat Malaysia bawa RM50 ke Dannok Thailand macam-macam boleh beli, RM50 sarapan di Langkawi pun tak cukup

Beliau turut menyenaraikan makanan yang dibeli antaranya, nasi telur dadar berharga 40 baht, lok ching (satey ikan) 10 cucuk 60 baht, kuih telur kura-kura 15 biji 20 baht, nenas potong 35 baht, daging bakar Dan Nok 80 baht, dan viral halal food di 7E 99 Baht.

Di mana jumlah kesemua yang dibelanjakan sebanyak 394 baht dan ada lagi baki sebanyak 6 baht, siap boleh bungkus lagi.

“Mahai ke murah gais? soal beliau di komen.

“RM50 kat Langkawi dapar cokelat daim je 2 pack,” komen netizen.

Rakyat Malaysia bawa RM50 ke Dannok Thailand macam-macam boleh beli, RM50 sarapan di Langkawi pun tak cukup

“Pi Dannok bawa RM50 boleh makan pagi sampai malam, Langkawi RM50 sarapan belum tentu cukup,” komen lagi netizen.

Rata-rata pengguna TikTok membandingkan harga makanan di Dannok dengan Langkawi dan ramai yang merasakan ke Dannok lebih berbaloi dan murah.

“Kami dah lama black list Langkawi bawa RM3k habis barang tak taw beli apa,” komen Lyann.

Pemilik PrinceOfDannok difahamkan rakyat Malaysia di sebelah utara apabila berloghat Kedah, perkongsian videonya itu telah mendapat kesukaan lebih 85k.

Baca juga: Kos haji naik, menteri jangan sekadar nasihat kena cari penyelesaian agar jemaah dapat tunaikan haji

Baca juga: 2,560 jam tangan guna cap dagangan tidak sah, dirampas