Malaysia Dateline

Rakyat sentiasa kena scam dengan scammers politik?

Siapa yang tidak pernah dengar scam oleh scammers bahkan ada kalangan kita yang pernah kena scam. Kegiatan scam atau penipuan dalam talian telah menjadi sebagai daripada kehidupan era digital.

Daripada isu peribadi, urusan perniagaan sehingga kepada jabatan kerajaan scammers telah berjaya mengaut keuntungan seolah-olah pihak berkuasa tidak berupaya menangkap mereka yang terlibat.

Sehingga artikel ini ditulis terdapat lima kegiatan scam popular di Malaysia. Scam yang paling bermaharajalela ialah Macau Scam. Ia bermula dengan panggilan telefon.

Macau Scam atau sindiket penipuan Macau ini bermula di tiga buah negara iaitu Taiwan, China dan Hong Kong.

Teknik spoofing panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai sama ada dari mahkamah, Polis diRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Ngeri (LHDN), atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Teknik spoofing panggilan telefon adalah salah satu taktik yang sering dilakukan oleh kumpulan ini. Ia merupakan taktik yang biasa digunakan dalam modus operandi Macau Scam.

Kedua yang popular ialan scam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Kebiasaannya, golongan yang bersara akan mengeluarkan wang simpanan mereka dan ia yang menjadi sasaran scammers. Selain itu, para scammer ini juga mengsasarkan golongan yang nak mengeluarkan duit i-Sinar dan i-Citra.

Scam Cinta adalah yang ketiga bermaharajalela. Dengan adanya platform online dating, para scammer ini menggunakan kesempatan untuk mencari mangsa-mangsa baharu. Melalui profil palsu yang diwujudkan, scammers akan berpura-pura berminat untuk bercinta dengan anda. Oleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang anda temui secara dalam talian.

Scammers akan berkomunikasi dan membina kepercayaan dengan mangsa dalam tempoh beberapa minggu atau bulan demi mendapat wang untuk dipindahkan masuk ke dalam akaun scammers.

Scam yang lain ialah scam pinjaman peribadi. Anda jangan mudah terpedaya dengan kadar faedah 0% dan dijamin kelulusan pinjaman 100 peratus. Bila anda nampak perkara ini yang terlalu mudah, jangan mudah terperdaya. Ada scammers yang menyamar menjadi platfom pinjaman dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik mangsa membuat pinjaman dengan mereka.

Akhir yang ialah scam pelaburan. Namun, anda perlu berhati-hati apabila mula hendak membuat pelaburan Jika tidak akan terjebak dalam scam pelaburan ini Anggaplah ini semua disebutkan sebagai janji manis sahaja.

Sebagaiamana biasa lumrah pelaburan ialah risiko yang tinggi dan tiada pelaburan yang tiada risiko.

Di samping itu terdapat scam berbentuk agama seperti scam syarikat mengerjakan umrah, scam pusat tahfiz, scam produk Islam.

Di sebalik scam yang kita ketahui wujud, terdapat scam dan scammers yang bukan bersembunyi di sebalik telefon atau dalam talian tetapi di sebalik pelitup (pada masa pandemik Covid-19). Namun sebelum adanya perkataan scam atau scammers politik, kegiatan seperti ini telah lama wujud di negara ini.

Rakyat juga tidak terlepas daripada scam politik dan scammers-nya ialah ahli politik yang dipercayai dan diamanahkan rakyat untuk memimpin rakyat. Jelata yang mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya ke-14 telah di-scam di mana apabila gabungan parti dalam PH berterabur dan berpecah dalam scam Langkah Sheraton. Terdapat pengkhiatan dalam parti utama PH itu sendiri.

Segala manifesto dan janji-janji selepas menumpas Barisan Nasional (BN) oleh politikus parti semuanya terbarai, tidakkah ini satu scam politik. Apabila Perdana Menteri semasa itu meletak jawatan, maka jatuhlah kerajaan PH.

Scammers politik membentuk gabungan baharu dalam sebuah muafakat, meskipun demikian rakyat kena scam lagi apabila muafakat ini juga kantoi kerana sokongan scammers politik tidak memihak kepada muafakat tersebut.

Rakyat mengundi memenangkan PH bukan hendakkan sebuah muafakat atau keluarga Malaysia tetapi telah di-scam oleh scammers politik yang sebahagian tidak diundi oleh rakyat untuk memerintah kerajaan. Namun scammers ini telah merancang, berkomplot, memanipulasi dan berkhianat membentuk scam Langkah Sheraton dan melancarkan scam-scam lain dalam pembentukan dua lagi kerajaan.

Jadinya rakyat telah berhadaan situasi “ scamming”bentuk keyakinan dan kepercayaan scammers politik yang sentiasa memikirkan bagaimana hendak scam/menipu rakyat, bagaiaman hendak raih projek uintuk keluarga, adik beradik, kroni-kroni dalam kolusi sistem kleptokrasi demi kelangsungan hidup mereka sebagai ahli politik.

Mereka berpegang kepada kepercayaan/keyakinan bahawa hendak berpolitik mesti menipu, curang, tikam belakang, khianat dan propaganda jahat. Itu adalah survival jalan politik mereka dalam melanggengkan kuasa.

Berapa banyakkan projek kerajaan yang diperolehi oleh kroni-kroni dan adik beradik? Berapa jutaan kalikah rakyat kena scam oleh scammers politik dengan rasuah sama ada dalam perniagaan, politik, siasah dan kuasa?

Mereka adalah scammers politik dalam diam, melakukan kejahatan sempurna di sebalik pelitup dalam politik Kovidtokrasi, politik dalam kejahatan halimunan.

Walau mereka beragama, bersahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji. Itulah keyakinan dan iktikad mereka.

Ini sudah menjadi sebahagian hidup kalangan scammers politik, berpolitik mesti buat scam, scam raykat tidak mengapa jangan scam kelompok, kroni walaupun wujud scammers politik antara mereka dalam menjaga kepentingan dalam perebutan tahta dan kuasa.

Dalam penujuan ke arah PRU-15, apakah pula scam yang dirancang oleh scammers politik ini? Jadi adakah rakyat sentiasa rasa di-scam oleh scammers politik?

Penulis adalah pensyarah kursus politik Malaysia di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkompueran, Universiti Selangor (Unisel)

Baca juga: Siapa indentiti Sultan Pemurah? Selepas ‘budak bedak’ dapat RM20k, kini Ariel Zafrel pula terkejut dapat ‘coin

Baca juga: Berang kisah penceraian dikongsi di TikTok, lelaki bunuh bekas isteri dan tembak dirinya