Malaysia Dateline

Ramai nak jadi dan layak jadi PM- 3 YB ini patut dipertimbangkan tapi ramai yang nak cantas

Mereka terdiri daripada yang sedang jadi Perdana Menteri (PM) dan hendak terus jadi PM iaitu Ismail Sabri.

Yang jadi ketua parti tapi tak jadi Perdana Menteri pastilah berangan-angan hendak jadi Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid Hamidi. (Bagaimana pun dia masih ada kes mahkamah).

Yang sudah menanti sejak 1990-an lagi dan kini Ketua Pembangkang setaraf menteri, Anwar Ibrahim.

Yang mengetui rampasan kuasa “Sheraton Move”, menjadi Perdana Menteri tebuk atap, tetapi digulingkan oleh kluster mahkamah Umno, Mahiaddin Md Yasin.

Yang sudah jadi Perdana Menteri dua kali tetapi masih bersedia jadi sekali lagi Dr Mahathir Mohamad.

Yang layak jadi Perdana Menteri dan patut diberikan pertimbangan pun ada. Antaranya Mohd Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar. Tapi biasalah. Yang hendak cantas mereka pun ramai juga.

Kita pun ada calon-calon “wild card” macam Mohamad Hasan, Mukhriz Mahathir dan Hishammuddin Hussein.

Akhir sekali yang berangan-angan hendak jadi Perdana Menteri tentulah ramai. Berkhayal tidak kena duit. Para pembahas boleh tolong sebutkan siapa mereka.

Baca juga: Duit palsu! Lelaki rugi selepas jual telefon terlalu percaya imej bertudung litup

Baca juga: Curi emas lepas pura-pura nak membeli, lelaki 21 tahun ditahan polis