Ramai yang beranggapan mengambil makanan dua kali sehari itu sudah memadai kerana dengan waktu kerja yang padat, ramai yang tidak sempat bersenam dan melakukan apa-apa aktiviti sukan.
Oleh itu mereka menganggap dengan pengambilan hidangan sebanyak dua kali sehari, mampu mengawal diri dari lebihan kalori sekaligus mengekalkan kesihatan badan.
Bagaimanapun seperti perkongsian seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau tidak menggalakkan orang ramai mengambil makanan hanya dua kali sehari.
Menurutnya, jika sekarang seseorang individu itu tidak merasa kesannya, tetapi pada awal 40 an nanti mereka boleh merasa kesan dari rutin pemakanan yang diamalkan sewaktu masih muda.
Beliau menyarankan agar orang ramai mengamalkan pemakanan 5 hingga 6 kali sehari dengan mengambil saiz hidangan yang kecil tetapi kerap.
“Adik-adik, saya faham masa dan kos adalah kekangan, tetapi elakkan makan hanya 1-2 kali sahaja sehari. Betul, sekarang awak rasa ok dan tak ada apa-apa masalah dengan rutin makan 1-2 kali sehari, cuma ketahuilah kesan dia akan mula hadir menjelang usia 40 tahun. Kesihatan adalah pelaburan.
“Apa yang awak buat hari ini, akan mempengaruhi masa depan. Nak selesa di kemudian hari, kena jaga dari muda. Kena latih rutin yang betul dari awal. Makan jumlah kecil, tapi kerap (5-6 kali sehari). Ia beri tenaga yang lebih sekata sepanjang hari, dan mesra pada perut.
“(Ia juga mampu) mengurangkan overfeeding (makan berlebihan). Secara tak langsung mengurangkan risiko kencing manis, gastritis (gastrik) dan obesiti. Jaga makan, please,” ciapnya di Twitter.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai terkejut kerana selama ini tidak menyangka bahawa pengambilan makanan dua kali sehari rupa-rupanya tidak digalakkan.
Malah, rata-rata dari mereka juga mengakui hanya makan pada waktu tengah hari dan malam sahaja, selain ada yang berpendapat bahawa sudah terbiasa dengan puasa sunat, maka terbiasa mengambil hidangan dua kali sahaja dalam sehari.
Baca juga: “Saya sangat percayakan dia”, Khairul Aming mohon maaf kes PA ‘kekwat’, akui silap percaya kawan
Baca juga: Kekuatan Muda sudah disaksikan di Johor, PH wajar pertimbang terima penyertaan Muda – Pemuda AMANAH