Malaysia Dateline

Ramai rakyat Malaysia buat kerja sampingan berbanding empat negara lain – Bukan semua dapat jadi YB, sakau duit orang!

Lebih ramai rakyat Malaysia membuat kerja sampingan iaitu 66 peratus berbanding Singapura pada 56 peratus, Australia (51 peratus), New Zealand (51 peratus) dan United Kingdom (38 peratus).

Angka itu didedahkan dalam kajian Employment Hero melibatkan lebih 1,000 pekerja berpengetahuan Malaysia meliputi Gen Z dan Milenial berumur 18 hingga 35 tahun.

Menerusi Laporan Bekerja Di Mana Sahaja 2022 itu, sebanyak 49 peratus daripada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun serta 42 peratus dalam kalangan berumur 25 hingga 34 tahun mempunyai pekerjaan kedua atau mengusahakan perniagaan sendiri.

“Secara keseluruhan, mereka yang mempunyai aliran pendapatan tambahan melihat perkara tersebut sebagai positif, dengan 77 peratus mengatakan ia telah meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara.

“Sebanyak 78 peratus juga percaya produktiviti mereka di tempat kerja tidak terjejas dengan mempunyai aliran pendapatan lain,” dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Rakyat terpaksa buat banyak kerja akibat kegagalan kerajaan menangani masalah struktur.

Selain itu, jelasnya, kira-kira 38 peratus daripada mereka yang dapat bekerja untuk pendapatan sekunder semasa waktu bekerja adalah disebabkan fleksibiliti kerana mereka boleh bekerja di mana sahaja atau dalam persekitaran hibrid.

Dalam masa sama, 88 peratus pekerja Malaysia berminat untuk bekerja di mana sahaja sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Trend ini diterajui oleh Gen Z, dengan 93 peratus daripada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun lebih suka bekerja di mana sahaja sekurang-kurangnya satu hari seminggu,” katanya lagi.

Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia termasuk yang berhempas-pulas melakukan lebih dua pekerjaan secara sinis berkata, tindakan tersebut terpaksa dibuat kerana bukan semua mendapat peluang menjadi Yang Berhormat (YB) atau sakau duit orang.

Ada juga berpendapat jika tidak buat banyak kerja sehingga dilakukan warga asing nanti golongan elit anggap marhaen ini pemalas pula.

Kira-kira 7 juta (66%) tenaga kerja Malaysia berkerja dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Tidak kurang juga yang menyelar sikap sesetengah pihak majikan di negara ini yang kedekut untuk memberikan gaji setimpal dan relevan dengan kenaikan kos sara hidup dan inflasi makanan pada masa ini.

“Gaji rakyat marhaen terlalu kecil berbanding gaji para menteri yang dipilih rakyat marhaen melalui peti undi.

“Menteri pula semakin lupa cara hendak membantu rakyat marhaen untuk mendapatkan gaji dan pendapatan lebih setimpal dengan kerja.

“Gaji kecil, nilai duit pun makin kecil tapi perbelanjaan makin mahal, hutang isi rumah banyak. Harap hanya gaji kerja hakiki berapa sen je sebulan,” kata warganet lagi.

Baca juga Apa ada dalam poket rakyat yang terjejas teruk? – Pakar anggap hal ini hilang dari radar TikTok Menteri Kewangan, ucaptama Gabenor

Baca juga Lelaki guna agama untuk kahwin dua, tapi duit minta dekat isteri dan adik beradik