Malaysia Dateline

Ramai ‘review’ watak Mat Kilau kurang menyerlah, gadis ini sanggup tengok dua kali untuk buktikan ia salah

Sudah lebih sebulan sejak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di pawagam. Banyak juga ulasan yang diberikan pengkritik-pengkritik filem dan tak terlepas juga dari penonton.

Disebabkan banyak ulasan yang mengatakan watak Adi Putra sebagai Mat Kilau agak tenggelam berbanding watak rakan-rakannya yang lain seperti Awang dan Wahid, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Syahirah Omar memberitahu dia sanggup pergi menonton kali kedua bagi meneliti jalan cerita filem Melayu tersebut.

Baginya, watak Mat Kilau bukanlah kurang menyerlah tetapi karakter sebagai ketua sebenarnya perlu lebih tenang berbanding watak pelakon-pelakon lain.

Kami kongsikan ulasan penuh wanita ini yang mendapat hampir 3,000 tanda suka dengan lebih 300 perkongsian.

Banyak juga review yang saya baca, watak Mat Kilau kurang menyerlah berbanding watak Wahid dan Awang. Jadi itu antara sebab kenapa saya tonton kali kedua tadi. Saya nak mendengar dan tonton dengan lebih teliti.

Sebenarnya bukan kurang menyerlah, tetapi memang watak sebagai ketua lebih perlu tenang berbanding watak lain. Awang karakternya sungguh terburu-buru. Wahid juga jenis lantang bersuara. Tetapi Mat Kilau kekal tenang.

Sebab itulah Tok gajah yakin Mat Kilau lebih layak berbanding yang lain. Pesan Tok Gajah, ‘Jangan terburu-buru, nanti membawa padah’. Berkali-kali juga Mat Kilau ingatkan yang lain,

Bertindaklah menggunakan akal, bukan hawa nafsu semata-mata. Tindakan mengikut nafsu hanya merugikan. Disebabkan sifat terburu-buru jugalah ramai yang terkorban.

Yang itu kenalah tonton sendiri ok. Ada satu babak di Jeti Kuala Tembeling.

Fuhhhh memang macam Ranjinikanth babak Mat Kilau pegang sepucuk surat. Kekal tenang.

“Orang Inggeris darah kafir, akan ku usir segala anasir.

Sebagai pendatang jagalah adab. Jangan terlintas menjadi raja,”

Sebelum lawan, Mat kilau mengucap dua kalimah syahadah.Kekal tenang biarpun waktu tu 5-6 orang askar Inggeris sedang acukan senjata.

Tanpa sebarang senjata. Hanya dengan kebergantungan pada yang Maha Esa. Kekal tenang.

Apa kata anda?

Baca juga: Demam Mat Kilau: Ramai tampil bagi ‘review’ yang ini lebih menarik, tidak bias

Baca juga: Selalu wakaf barang, tapi bolehkah kalau nak wakaf makanan? Ini jawapan mufti yang mengejutkan

Baca juga: “Buat apa belajar penat-penat sampai universiti tapi gaji RM2,000, lebih baik jadi TikTokers!”