Malaysia Dateline

Rayuan Miqdad ketepi tuntutan berjaya

Rayuan Pengerusi AMANAH Marang, Miqdad Zakaria untuk mengetepikan penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Dusuki Abd Rani telah berjaya hari ini.

Peguam Faiz Fadzil berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memerintahkan kedua-dua kes iaitu berkaitan isu penjualan aset TH dan dakwaan hadith palsu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

“Oleh demikian, jumlah penghakiman yang berjumlah RM250,000 dan RM200,000 yang diberikan pada 2.3.2021 telah dibatalkan.

“Perjuangan baru bermula di atas padang yang sama rata. Saksi-saksi akan dipanggil nanti untuk membuktikan kes masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Dusuki Abd Rani

Tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu mengarahkan Miqdad selaku defendan membayar jumlah penuh sebanyak RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah kepada Ahmad Dusuki selaku plaintif.

Kes kedua pula sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

Ahmad Dusuki yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik diwakili firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui peguamnya, Mohd Jamil Yaacob.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/anak-saudara-hadi-beri-bayangan-kesediaan-menjadi-calon-pru14/

Baca juga: https://themalaysialife.com/panadol-dah-ada-tiruan-wanita-terkejut-nasib-baik-tak-sempat-telan/