Malaysia Dateline

Rekod Pas dalam kerajaan pimpinan Umno

Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran PN dan BN dari Mac 2020 hingga Oktober 2022.

Dalam PRU lalu, majoriti rakyat tolak Pas. Ia tidak dipilih untuk menjadi kerajaan, atau sebahagian daripada mana-mana kerajaan. Ditambah pula ada orang yang mengundi Pas hanya kerana enggan mengundi BN lantaran masalah 1MDB.

Pengundi ini tentulah kecewa apabila Pas berpakat dengan Umno selepas PRU. Lebih-lebih lagi apabila Pas berkomplot dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

Maka undi mereka untuk mengelak BN daripada menjadi kerajaan adalah sia-sia.

Maka menyertai kerajaan bersama Umno ini sudah merupakan rekod buruk Pas. Ditambah pula Pas menerima kerajaan dipimpin perdana menteri Umno yang dikuasai oleh presidennya. Belum lagi dikira prestasi setiap anggota kabinet Pas.

Jadi bagi PRU kali ini, Pas dipimpin oleh kumpulan yang sama.

Pada masa ini ia berpakat dengan Bersatu setelah ditolak Umno. Pengundi usah mengharapkan bahawa Pas tidak akan berpakat dengan BN selepas PRU.

Baca juga: Jadi PM UK paling singkat, Liz Truss letak jawatan susulan pembentangan bajet paling buruk