Renovate rumah sampai RM100,000, tapi parkir kereta depan rumah jiran juga

Oleh KIM SYAZIE

Disebabkan mahu kediaman menjadi unik, pemilik rumah sanggup menambah kolam ikan di parkir sehingga akhirnya menyusahkan jiran apabila keretanya diletakkan di hadapan rumah orang lain.

Tidak berpuas hati, Halim Sol, jiran pemilik rumah tersebut meluah perasaan melalui Facebook Penang Kini mengenai pentingnya toleransi.

“Aku bukanlah jenis nak luah sesuatu dekat Facebook, tapi empat tahun pendam pun kadang-kadang tak tertanggung.

“Dalam masa sehari, dua kali kena panggil dan cari tuan kereta yang suka parkir depan rumah orang ni.

“Sudah renovate (ubahsuai) rumah sampai RM100,000, tempat letak kereta pula dijadikan kawasan bela ikan,” luahnya.

Apa yang menaikkan kemarahan jiran tersebut adalah keputusan pemilik rumah yang sesuka hati meletakkan kenderaan miliknya hingga menggangu jiran lain untuk keluar berurusan.

“Nak pergi beli goreng pisang pun susah, baik-baik kering, basah baju aku kena tekan bell rumah orang dan tanya siapa punya kereta. 

“Kawan-kawan tolong jangan buat perangai macam ni. Biar kita susah, jangan kita susahkan orang lain,” tambahnya lagi.

Pengguna Facebook rata-rata bersetuju dengan jiran tersebut, malah berkongsi pengalaman dengan pemilik rumah di kawasan mereka yang parkir kenderaan sesuka hati.

“Sama dengan kawasan aku duduk, tempat letak kereta luasan mana pun masih juga nak letak kereta di bahu jalan dan susahkan orang lain yang nak lalu tempat tu,” komen Eiza Noor.

“Belum lagi jenis suka buat kenduri pacak (pasang) khemah sampai empat kelima biji. Tak ada pula adab untuk maklum, bila balik kerja dan ada khemah terpasang. Nak keluar masuk rumah pun susah,” komen Afiffudin Chimuss.

Baca juga: Pelanggan dari neraka, maki pekerja sebab saiz cawan kopi sahaja