Ringgit melonjak naik dengan ‘Pasific Move’

Oleh BORHAN AHMAD

Perjumpaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di hotel Sri Pasific hari ini disambut baik oleh pasaran Ringgit apabila bergerak kukuh hari ini.

Dari serendah RM4.585 untuk USD 1, nilai Ringgit menokot kepada RM4.558 hari ini.

“Pacific Move. Move RM and economy,” kata Ahmad Mohamad, seorang Facebooker melalui Facebook beliau.

Mulai jam 10 pagi tadi, pemimpin PH dan BN bertemu bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu di hotel Sri Pasific.

Pergerakan Ringgit berbanding Dollar Amerika hari ini. (FB Ahmad Mohamad).

BACA JUGA Anwar tiba untuk ‘meeting’ antara PH dengan BN