RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun, lelaki ini jujur pulangkan semula pada pemilik asal

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang lelaki menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila sejumlah wang RM225 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya baru-baru ini.

Duit beratus bilion itu tiba-tiba berada di dalam akaun banknya diibaratkan durian runtuh buatnya kerana berasa bertuah menjadi jutawan sekelip mata.

Darren James bapa kepada dua anak itu berkata, isterinya yang terkejut dengan keadaan itu segera memaklumkan kepadanya mengenai sejumlah wang yang muncul secara tiba-tiba itu.

RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun, lelaki ini jujur pulangkan semula pada pemilik asal

Jelas Darren, perasaan terkedu dan tidak percaya mula menyelubungi diri setelah melihat akaun bank miliknya ‘penuh’ dengan ‘wang besar’ – yang bukan miliknya.

“Kejadian yang berlaku sangat tidak disangka-sangka kerana saya tidak pernah melihat begitu banyak angka kosong dalam hidup saya,” ujarnya dipetik Mirror.

Darren juga telah berangan mahu membelanjakannya dengan membeli rumah agam atau kapal layar dengan wang itu.

Darren seakan keliru dengan pemindahan tersebut dan mula bertanya mengenai kedatangan asal wang berkenaan.

Memandangkan beliau tidak tahu dari mana datangnya wang itu, Darren melupakan angannya dan mahu memulangkan wang kepada pemilik asal.

Setelah perkara tersebut dilaporkan kepada pihak bank Chase, mereka pun memulakan siasatan mengenai kes kesilapan transaksi berkenaan untuk mendapatkan wang itu kembali.

Justeru dua hari kemudian, RM225 bilion yang berada dalam akaunnya itu ‘ditarik’ semula dan akhirnya kekayaan yang dimiliki jutawan sementara itu ‘lenyap’ buat selama-lamanya.

“Duit tu tak menunjukkan sebarang pergerakan (pemindahan) pun.

“Duit tu muncul pada Sabtu semasa kami buat pembayaran deposit kepada anak perempuan kami. Selama dua hari je duit tu ada dalam bank, hari Selasa dah takda,” katanya.

Malah jelas Darren, jika dia memiliki wang sebanyak itu dengan cara yang sah, pasti dirinya akan memanfaatkannya dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Saya akan bantu orang lain untuk beri harapan bahawa sebenarnya benda positif masih wujud lagi kat dunia ni.

“Itulah impian terbesar saya,” katanya.

Difahamkan, kejadian aneh sementara tersebut membuatkan lelaki dari Louisiana itu menjadi 10 kali lebih kaya berbanding pemilik syarikat Virgin, Richard Charles Nicholas Branson.

Baca juga: Usah normalisasi lawak lucah dan ‘double-meaning’ undang kebejatan akhlak

Baca juga: Pendedahan di luar jangkaan, Youtuber sendiri tak sangka pelakon remaja mahu kongsi kisah tersebut