Malaysia Dateline

RM5.7 juta tiba-tiba dalam akaun-Tindakan pantas bank segera bekukan akaun sekat kad ATM pegawai polis

Tidak menyedari sejumlah RM5.7 juta masuk akaun namun tindakan pantas bank segera membekukan akaun serta kad ATM milik seorang pegawai polis.

Awalnya pegawai polis berkenaan terkejut kerana menjadi jutawan sekelip mata selepas sejumlah duit itu dipindahkan ke akaunnya daripada sumber yang tidak diketahui.

Namun selepas diketahui pihak atasan pegawai berkenaan telah disiasat, lapor akhbar The Express Tribune.

Penyiasat dari balai polis Bahadurabad di Karachi telah dihantar untuk menyiasat perkara itu terkejut dan hairan melihat bagaimana akaun bank milik polis tersebut mempunyai wang sebanyak $1.2 juta (RM5.7 juta).

Ketika ditanya oleh media tempatan mengenai perkara tersebut, polis itu berkata bahawa dia turut terkejut dan tidak gembira dengan kehadiran wang berkenaan.

“Saya terkejut, apatah lagi melihat wang yang begitu banyak, sebelum ini saya tidak pernah mempunyai lebih daripada beberapa ribu rupee dalam akaun saya,” katanya.

Menurut pegawai polis berkenaan, beliau dihubungi oleh pihak bank dan mereka memaklumkan bahawa 100 juta rupee ($1.2 juta) telah dipindahkan ke dalam akaunnya.

Wion News melaporkan, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian seperti itu telah berlaku di dua tempat yang berlainan iaitu di bandar Larkana dan Sukkur.

Di Larkana, tiga orang anggota polis dilaporkan menerima sebanyak $600,000 (RM2,848,800) dalam akaun mereka, manakala di Sukkur pula seorang anggota polis menerima jumlah yang sama didepositkan ke dalam akaunnya.

Hasil daripada siasatan itu dipercayai bahawa ketiga-tiga kes berkenaan mungkin mempunyai kaitan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga polis di Larkana telah menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai wang tersebut atau sumbernya.

Baca juga: Apa pilihan yang anda ada selain Anwar?

Baca juga: Kereta Ferrari F1 Schumacher dijual pada harga RM69.7 juta