Mulai tengah malam ini, harga petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM3.85 kepada RM3.75 seliter.
Harga RON95 pula kekal pada RM2.05 seliter. Diesel juga dilapor kekal pada harga RM2.15 seliter.
Kadar baharu itu akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini 8 Disember hingga 14 Disember ini.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.
Baca juga: Syed Mokhtar wajar dicontohi konglomerat besar yang lain
Baca juga: Mengerikan! Kanak-kanak terperangkap dalam lubang sedalam 122 meter