Roti canai Malaysia diundi makanan jalanan paling sedap di dunia, kalah pisang goreng

Oleh KIM SYAZIE

Makanan popular rakyat Malaysia, roti canai diundi sebagai makanan jalanan nombor satu di dunia yang paling sedap mengalahkan 49 negara lain terutama Korea yang terkenal dengan hidangan tteokbokki.

Tteokbokki berada di tangga ke 50 dalam carta makanan jalanan yang terbaik.

Selain itu, apa yang menarik, goreng pisang juga tersenarai antara makanan paling sedap tetapi ia bukanlah mewakili Malaysia. Tetapi makanan itu diundi sebagai yang paling sedap di Indonesia dan berada di tangga ke 42.

Berdasarkan carta Top 50 yang dikongsikan TasteAtlas, laman itu menampilkan senarai makanan jalanan terbaik di seluruh dunia, dengan roti canai  mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna. 

TasteAtlas mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.

Turut berada dalam carta Top 50 makanan jalanan terbaik di dunia ialah Lumphiang Shanghai dari Filipina pada kedudukan kedua dan Karaage (Jepun) di tempat ketiga. 

Baca juga: Tidak tahu apa motif, lelaki melintas jalan dan pura-pura dilanggar

Baca juga: Penculikan ke Thailand tumpas ejen kosmetik selamat dibawa pulang, 7 lelaki ditahan