Baru-baru ini, Pak Cik Shell membongkar mitos yang membelenggu orang ramai tentang waktu terbaik mengisi minyak kenderaan bagi memperoleh penjimatan lebih banyak.
Ada yang kata rugi jika pam minyak pada waktu siang kerana minyak yang mengembang tidak dapat memenuhi ruang tangki dengan baik. Kerana itu lebih ramai memilih untuk mengisi minyak kenderaan pada waktu malam kerana lebih padat.
Perkara ini membuatkan Pak Cik Shell tampil melakukan satu eksperimen menguji kebenaran fakta yang diperkatakan orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram pakcikshell, beliau melakukan satu eksperimen menguji keseuaian waktu mengisi minyak.
“Palatao kata isi minyak waktu malam lagi jimat. Fakta atau auta? Malam sejuk, minyak padat? siang panas, minyak kembang? jom kita test,” tulis Pak Cik Shell dalam videonya.
Dalam kapsyen yang disertakan, beliau menjelaskan bahawa uji kaji yang dilakukan itu menggunakan peralatan yang selamat dan dipantau bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku semasa uji kaji berlangsung.
Berdasarkan uji kaji yang dilakukan, Pak Cik Shell memberitahu tiada perbezaan antara kedua-dua waktu yang disebutkan.
Menurutnya, jumlah kuantiti minyak tetap sama disebabkan cecair petrol yang disimpan di dalam tangki bawah tanah di setiap stesen mempunyai suhu stabil dan terkawal.
Pembongkaran mitos berkenaan menarik perhatian netizen dengan rata-rata mengucapkan terima kasih kerana mereka juga baru tahu ‘kepercayaan’ selama ini adalah salah. Mereka juga meluahkan rasa lega kerana akhirnya mereka tahu tentang fakta baru yang ditunjukkan. itu.
Baca juga: Daun pandan pun tak kenal, remaja zaman Mobile Legends ini jadi bahan ketawa rakan
Baca juga: Mengapa aksi pemandu, penumpang Myvi ini buat malu plat V?