Selebriti sensasi, Kim Kardashian yang mempunyai 334 juta pengikut di Instagram memuat naik beberapa keping foto ruangan kediamannya untuk tatapan pengikut di sosial media.
Kediaman Kardashian dianggarkan bernilai RM101 juta dan dia menggemarkan konsep minimalis tanpa hiasan di dinding mahupun perabot yang banyak.
Sekali imbas, rumah selebriti ini kelihatan amat sunyi dan kosong melihatkan warna dinding, sofa serta meja yang menggunakan rona warna senada.
Dengan semua drama yang terjadi dalam kehidupan pribadinya Kardashian lebih memilih dekorasi minimalis supaya dapat memberi ketenangan selepas seharian melihat ‘keributan’ di dunia luar.
“Semua yang ada di rumahku sangat minimal,” kata bintang itu ketika media antarabangsa membuat lawatan ke rumahnya pada Februari lalu.
“Aku menemukan ada begitu banyak kekacauan di dunia sehingga ketika aku pulang, aku ingin itu benar-benar sunyi dan aku ingin semuanya terasa tenang,” katanya.
Dalam foto yang dikongsikan bekas isteri penyanyi rap Kanye West itu, kebanyakan dekorasi perabot dan dinding terdiri daripada batu marmar dan warna polos sehingga kelihatan sedikit pucat.
Tetapi sanggupkah anda jika rumah terlihat sebegitu minimalis seperti ini?
Menjengah ke ruangan komen di Instagram Kardashian, netizen mengatakan rumahnya seperti tiada jiwa dan semangat.
Mereka juga bertanya adakah selebriti itu gemarkan suasana dan dekorasi seperti hospital mental.
Ada juga berpendapat ruang tamu rumah Kardashian sedikit seram dan saling tidak tumpah seperti di dalam filem hantu.
Baca juga: Dakwaan tidak tersenarai dalam Kabinet, Guan Eng tidak kisah, ‘ia bukan perkara utama’
Baca juga: Bakal tinggalkan dunia seni, Diana Amir mahu fokus agama lepas selesai semua kerja