Malaysia Dateline

Rumah pusaka hanyut bah besar- Hari ini nenek menangis gembira dapat rumah baru yang dihadiahkan Ebit Lew

Nenek Rohana Mahfuz 76 tahun menangis gembira akhirnya mendapat rumah baru setelah rumah pusaka hanyut ketika banjir besar melanda Hulu Langat akhir tahun lalu.

Ingatkah lagi peristiwa banjir besar yang melanda Hulu Langat hujung 2021 di mana rumah seorang nenek musnah dan yang tinggal hanya tangga sahaja kerana hanyut dibawa arus deras.

Hari ini nenek Rohana menangis gembira apabila rumah pusaka yang hilang itu kini telah ‘kembali’.

Rumah baru nenek Rohaya telah dibina atas usaha dermawan Ebit Lew setelah hampir setahun kehilangan rumah akibat banjir itu.

Kisah nenek ini menjadi tular di media sosial, atas keprihatinan dermawan Ebit Lew menghadiahkan rumah baru untuk beliau.

Ebit Lew menyatakan rasa syukurnya di Facebook apabila rumah itu sudah siap sepenuhnya dan sudah boleh diduduki,

“Sebak rasa pagi ni. Ziarah Nenek Rohana 76 tahun yang rumahnya hanyut banjir cuma tinggal tangga di Hulu Langat. Masa tu satu Malaysia tular kisah nenek ni.

“Kami bantu bina semula rumah baru. Hadiahkan rumah baru untuknya. Ini semua dari Allah.

“Menangis nenek tadi ucap terima kasih dan memberi semangat baru untuknya. Beliau lemah masa tu dan tak kuat.
“Kini menangis terharu melihat kasih sayang Allah padanya.

Baca juga: Guna pistol mainan samun juru pam minyak RM2,700 lesap, 3 lelaki ditangkap