Suatu ketika dulu seringkali di kebanyakkan tempat khususnya di kampung-kampung aktiviti marhaban yang lazim menjadi amalan sempena hari kebesaran Islam seperti Maulid Rasul, sambutan Awal Muharam, tahnik bayi baru lahir, majlis perkahwinan dan keraian menjadi daya tarikan dan penyeri majlis.
Dengan ahli marhaban yang terdiri dari anak-anak seusia sekolah rendah sehinggalah dewasa, bacaan rawi dan alunan lagu marhaban yang pelbagai ternyata berjaya memeriahkan majlis dan masih hidup segar di kawasan Bagan, Butterworth.
Walaupun Hari Asyura jatuh pada 10 Muharam, inisiatif diambil juga pada hari cuti Sabtu ini oleh ahli jawatan kuasa Surau Al-Istiqbal, Kampung Benggali, Butterworth bagi menghidupkan semula amalan yang telah lama ditinggalkan tersebut.
Ternyata marhaban yang dikumandangkan selama satu jam, menjadi satu inspirasi baru dan kelainan kepada masyarakat sekeliling yang rata-ratanya adalah golongan moderate dan anak muda.
Malah ada segelintir dari belia dan generasi muda sekitar kawasan tersebut hanya pertama kali didedahkan secara ‘real’ bagaimana majlis marhaban diadakan.
Ketua Kumpulan Marhaban, Haji Nazar Hashim yang ditemui berkata, kumpulan marhaban yang dikenali sebagai Kumpulan Marhaban Mak Mandin telah aktif sejak 20 tahun yang lalu dan sering diundang untuk meraikan pelbagai majlis dengan ahlinya yang berusia ntara 12 tahun sehinggalah 70 tahun.
Semasa marhaban dijalankan, semua hadirin akan duduk keliling seolah-olah berada dalam sebuah bulatan.
Manakala ketika kemuncaknya, mulai dendangan ‘marhaban ya nuruaini, marhaban ya marhanan, marhaban jaddal husaini ya marhaban’ semua ahli akan berdiri untuk berselawat beramai-ramai mengikut pelbagai rentak dan lagu yang amat merdu dan menenangkan hati hadirin dan pendengar.
Baca juga: “Itu gambar ubat aku”-Aliff Syukri bodohkan satu Malaysia!
Baca juga: Lama tahan sabar, lelaki dedah tunang curang dengan abang sendiri di majlis kahwin