Malaysia Dateline

Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di Johor ditahan di ibu pejabat SPRM Johor dipercayai menerima rasuah yang berbentuk pinjaman bernilai RM150000

Salah guna kuasa, guru besar wanita ditahan beli barangan sekolah guna syarikat sendiri

Menggunakan syarikat sendiri yang didaftarkan atas nama dua orang anaknya untuk membeli barangan sekolah seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Guru besar terbabit merupakan guru wanita berusia 58 tahun dan bertugas di sebuah sekolah pendidikan khas di Alor Setar ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani pada 1.27 tengah hari.

Bagaimanapun dia dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 kerana perlu menjaga suami uzur di rumah.

Guru itu dipercayai melakukan pembelian barangan sekolah bernilai RM22,646 kepada syarikat yang didaftar atas nama dua anaknya.

“Dikatakan antara tahun 2019 hingga 2021 suspek telah menyalahgunakan kedudukan dengan melakukan pembelian barangan sekolah melalui dua syarikat milik beliau.

“Syarikat itu telah didaftarkan atas nama dua anak lelakinya yang berumur 33 tahun dan 31 tahun dengan anggaran nilai sebut harga RM22,646,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Baca juga: Gara-gara isteri sakit perut, perbuatan suami 4 tahun yang lalu akhirnya terbongkar

Baca juga: Makan tebuan hidup sampai bengkak bibir, influencer Cina diharam daripada guna media sosial