Malaysia Dateline

‘Sampaikanlah walau sepotong ayat’, tazkirah pemuda ini di dapur McDonald’s raih pujian

‘Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.’ (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW itu kepada umatnya agar berusaha menyebarkan ajaran Islam mungkin menjadi dorongan untuk seorang pemuda ini menyampaikan tazkirah hatta di dapur McDonald’s.

Aksi bersahaja pekerja restoran makanan segera itu dengan bersuara lantang menceritakan kisah Nabi S.A.W dan sahabatnya, Zaid bin Harithah dibaling batu dan kayu sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka meraih pujian warganet.

Lebih menarik apabila menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu memaparkan beberapa pekerja lain di ruang dapur tersebut yang nampaknya elok ‘melayan’ sahaja.

Sesi tarbiyah spontan yang dirakam itu mungkin selepas ada antara mereka berhadapan dengan perangai pelanggan tertentu yang menuntut kesabaran tinggi.

“Masha-Allah. Peristiwa Nabi S.A.W ke Taif. Bukan semua orang ada kekuatan nak berdakwah pada rakan sekerja.

“Semoga brader ni teruskan usaha sambung usaha Nabi S.A.W dan para sahabat,” tulis Mohd Amirulrashid Ithnin.

Sementara itu, Su Suraya pula berharap agar tazkirah pendek dan bersahaja itu dapat menceriakan selain memberi sedikit kesedaran kepada semua sebagai hamba-Nya yang selalu dalam kelalaian.

“Patut mana-mana tempat kerja ada kawan macam ni, selalu memberi tazkirah peringatan kepada diri sendri dan rakan sekerja,” katanya.

Ramai lagi warganet mendoakan pemuda itu mendapat ganjaran pahala serta dipermudahkan segala urusan.

“Contoh yang baik pekerja McDonald’s yang pandai dalam agama. Hebat cara adik ni bertazkirah. Kita dengar pun rasa syok dengan kelantangan suara padunya.

“Alhamdulillah. Adik dapat pahala kongsi kisah Nabi. Kami dengaq pun dapat pahala. Dengaq macam loghat utagha. Terhibur cheq,” kata Azian Azian pula.

Baca juga: ‘Kalau firaun masih hidup, dia dah jadi tetamu beri motivasi’, warganet terus kecam sekolah buka pintu pada ‘mat rempit’

Baca juga: Tak lagi aktif di Facebook, ramai remaja layan TikTok, YouTube