“Saya sangat percayakan dia”, Khairul Aming mohon maaf kes PA ‘kekwat’, akui silap percaya kawan

Oleh KIM SYAZIE

Isu panas yang terpalit pada Khairul Aming sejak semalam kini selesai selepas pempengaruh media sosial itu memuatnaik permohonan maaf secara rasmi di laman Twitter.

Khairul Aming dilanda kritikan dan gosip panas apabila pengurus peribadinya didakwa ‘kekwat’ selain bermulut puaka ketika mengendalikan klien yang ingin berurusan bersama.

Usahawan muda itu berkata, buat masa ini dia telah memadam nombor telefon pengurusnya di semua laman sosial dan akan mengendalikan urusannya sendiri dengan pihak lain sehingga pengurus baru dilantik.

Dia juga akan berhenti menghasilkan video untuk klien buat sementara waktu untuk memberi fokus kepada minatnya menghasilkan video-video masak di Instagram.

“Saya secara peribadi nak minta maaf dengan semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurus saya sebelum ni.

He’s my friend, and i trust him so much to handle this thing tanpa betul-betul crosscheck kualiti kerja dia. Akhirnya, banyak orang ada pengalaman tak baik dengan dia selama ni.

“Ramai juga yang nasihat untuk asingkan friendship dengan business, dan I setuju benda ni yang paling struggling for me sebab I mula dari bawah dengan kawan-kawan. I take note and will do the necessary actions.

“Sekali lagi i nak mohon maaf kepada semua pihak yg terlibat selama ni. I learned a lot today and akan cuba perbaiki lagi di masa hadapan. Terima kasih guys,” ciapnya.

Dr Fadzilah Kamsah siap titip semangat dekat Twitter

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai memberi reaksi positif terhadap permohonan maaf tersebut.

Mereka juga berharap Khairul Aming tidak lagi mengambil rakan-rakan sendiri untuk mengendali urusan dengan klien.

Tidak terlepas, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah sempat menitipkan semangat di ruangan komen untuk Khairul Aming dan pasukannya.

“Tok Abah doakan semoga kemelut ini selesai ya. Khairul dan team, orang baik-baik. Moga Allah luaskan rezeki kalian lagi ya,” komen Fadzilah.

Sementara itu, ada yang memberitahu bahawa bekas pengurus Khairul Aming ketika ini sudah pun menyah aktif semua akaun sosial medianya selepas pendedahan sikap buruknya terbongkar.

Baca juga: “Mampu ke nak taja kami semua?”, Rupanya ramai dah terkena dengan PA Khairul Aming bermulut puaka, kekwat

Baca juga: Tak pernah dibuat orang, ibu sambut hari lahir anak perempuan bertemakan pemujaan syaitan