Malaysia Dateline

Tak pernah dibuat orang, ibu sambut hari lahir anak perempuan bertemakan pemujaan syaitan

Gara-gara mengadakan sambutan hari lahir anak dengan bertemakan unsur syaitan, seorang ibu di Mexico menjadi sasaran kecaman netizen di negara itu kerana ia dianggap sebagai satu bentuk ‘persembahan untuk syaitan’.

Menerusi TikTok Janeth Zapata, wanita Mexico itu ada berkongsikan rakaman video sekitar sambutan hari kelahiran anak perempuannya yang baru berusia satu tahun.

Anaknya, Lilith dilihat memakai gaun berwarna hitam, selain disediakan props iaitu patung berwarna hitam dan bertanduk.

Dengan bertemakan hitam dan merah jambu, dekorasi kek hari lahir juga mempunyai lambang pentagram yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan serta dipercayai digunakan dalam upacara ‘persembahan untuk syaitan’, lapor portal berita MailOnline.

Meja bulat di hadapan kanak-kanak itu juga mempunyai logo sama di samping kek cawan dihiasi logo pentagram itu juga.

Portal berita berkenaan melaporkan, wanita itu dikecam kerana mengadakan sambutan bertemakan pemujaan syaitan.

Netizen yang menonton video tersebut mempertikai tindakan Janeth yang menggunakan hiasan bertemakan syaitan.

Seorang pengguna TikTok turut menyoal sama ada ia merupakan sambutan hari lahir bersifat kerohanian. Manakala seorang lagi mendakwa bahawa ia merupakan satu bentuk ‘persembahan untuk syaitan’.

Baca juga: Pemandu buat ‘keras’ tak mahu berganjak walau kena hon dengan bas Rapid KL

Baca juga: UiTM ‘trending’ hari ini gara-gara pelajar tayang keputusan peperiksaan