Malaysia Dateline

‘Saya sedih, sampai hati Datuk Awie….’, Aliff Syukri sedih dipanggil Hamlau oleh idolanya

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila penyanyi rock tanah air, Datuk Awie melabelnya sebagai ‘hamlau’ yang mengacau industri muzik negara.

Aliff berkata, dia peminat dan penyokong tegar Datuk Awie selama ini dan menceritakan kesanggupannya mengumpul duit membeli kaset Datuk Awie walaupun dimarahi ibu.

“Awak saya sedih sangat…Sampai hati datuk Awie panggil saya hamlau tau…saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset datuk Awie sampai mak saya marah saya kata saya membazir.

“Kalau datuk Awie keluar tv depan tv saya duduk depan sekali tau. Zaman filem sembilu saya penyokong tegar datuk Awie..,” tulisnya di Instagram.

Aliff juga sangat berharap agar penyanyi lagu Sejati itu dapat menerima kehadirannya di dalam industri muzik dengan hati yang terbuka.

“Apa pun saya doakan datuk Awie selalu bahagia dunia dan akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya..,” coretnya lagi.

Pada akhir coretannya, dia turut menggunakan tanda pagar #datoawieidolasy bagi menunjukkan bahawa dia meminati penyanyi rock tersebut.

Menerusi satu temubual bersama F8Buzz baru-baru ini, Awie ada ditanya tentang ajakan untuk berduet bersama Aliff Syukri.

Mengulas mengenai kenyataan Aliff Syukri yang mengatakan bahawa nyanyian itu adalah hobinya, Awie membidas d berkata bidang nyanyian adalah kerjaya mereka sebagai anak seni.

“Betul itu hobi dia, tapi ini kerjaya kami. Industri adalah perkara yang serius. Maka saya dan yang lain-lain yang duduk di dalam ini adalah ini kerjaya kami.

“Kalau ada hamlau yang datang nak mengacau industri ini, maka kami ini jadi marahlah. Kalau hobi pergi kumpul setem, tangkap ikan, cari rama-rama ke, itu hobi,” katanya.

Baca juga: Ikut belakang ambulans elak jem, Bezza penyebab ambulans lain tersangkut lepas gagal tukar lorong

Baca juga: “3 hari licin RM519,000!”- Isteri halau suami lepas dapat tahu wang KWSP diguna untuk berjudi