Malaysia Dateline

“Saya tidak beli mana-mana pasukan”, Elon Musk cuma bergurau, tak berhasrat beli Manchester United

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berjenaka apabila menyatakan hasrat untuk membeli kelab bola sepak Manchester United Plc.

Individu paling kaya di dunia itu berkata demikian dalam satu ciapan Twitter, selepas ciapan terdahulunya yang mahu membeli Manchester United memberi harapan pada ramai pihak.

“Adakah anda serius?” tanya pemilik Tesla Silicon Valley di Twitter.

“Tidak, ini adalah satu jenaka di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan,” balas Musk.

Bagaimanapun balas Musk lagi, jika diberikan peluang memilih mana-mana pasukan bola, dia pasti akan memilih Man U kerana itu adalah pasukan yang diminatinya sejak kecil.

Pernah sebelum ini ketika Musk mengumumkan mahu membeli Twitter, beberapa penyokong mendesak Musk untuk membeli Manchester United.

Manchester United antara kelab bola sepak yang memiliki paling ramai penyokong di dunia. Ia melakar sejarah dengan menjadi juara England sebanyak 20 kali dan tiga kali muncul juara Eropah.

Baca juga: Anggota JPJ didakwa terima rasuah dari syarikat lori selama 3 tahun, disuap lebih RM27,000

Baca juga: Geng scammer dah ‘resign’ dari LHDN, sekarang guna taktik baru kerja dekat Grab, Shoppee pula