Malaysia Dateline

Saya tidak campur tangan usul mengenai Peguam Negara, kata Speaker DR

Susulan usul mahu Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat  Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan beliau mengecualikan dirinya untuk membuat keputusan itu.

Usul berkenaan telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran semalam meminta Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan dan Idrus Harun dikenakan tindakan berikutan telah mengelirukan dewan.

Azhar Azizan dalam kenyataannya hari ini membuat keputusan untuk mengecualikan dirinya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai dengan usul tersebut.

“Usul tersebut mempunyai hal-hak yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara, sebagaimana yang diketahui umum Idrus Harun ialah abang kandung saya.

“Apa-apa keputusan mengenai atau yang berkaitan dengan usul tersebit saya serahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua mengikut kedudukan kekanan mereka iaitu, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas Timbalan Yang di-Petua di dalam hal berkaitan,” katanya.