Malaysia Dateline

Sebab berfikiran moden, keluarga Amitabh Bachchan tidak halang cucu lahir anak luar nikah

Meletakkan keluarga yang berfikiran moden keluarga Amitabha Bachchan tidak sekali-kali menghalang cucunya melahirkan anak luar nikah.

Pengakuan terbuka daripada isteri Amitabha Bachchan Jaya Bachchan menjelaskan dia tidak menghalang sama sekali jika cucu kesayangannya, Navya Nevali melahirkan anak luar nikah

Meskipun perbuatan mereka adalah salah sama sekali dan dipandang buruk oleh masyarakat India, dia tetap menerima dan menghormati cucunya itu dalam membuat apa-apa keputusan sama ada mahu berkahwin atau tidak.

“Saya tiada masalah kalau dia nak anak tanpa berkahwin, saya tiada masalah dengan perkara itu,” katanya.

Memetik India Today Jaya yang menyedari dia antara keturunan yang popular di India, dia tidak hairan dengan pendapat orang lain mengenai pendiriannya itu.

Malah, Navya turut mendedahkan dia tidak mahu untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum dan sentiasa terbuka untuk menceritakan hal peribadi bersama ibu, Shweta Bachchan dan neneknya.

Dalam pada itu, Navya tidak melepaskan peluang bertanya kepada neneknya itu mengenai rahsia hubungan bersama atuknya kekal hingga ke hari ini.

Baca juga: Tak salah kerjasama dengan parti non-muslim; Pilihlah pasukan dapat banteras rasuah, yakinkan pelabur dan pulihkan ekonomi