Malaysia Dateline

‘Sekarang baru sah dia rupanya pro Umno’, netizen berdebat Tengku Zafrul bersama BN

Keputusan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk bersama Umno – Barisan Nasional (BN) menjelang PRU15 menarik perhatian netizen.

Ramai menyifatkan pelantikan Zafrul sebagai Bendahari BN Selangor sebagai sudah dijangka memandangkan heboh sebelum ini desas-desus bahawa Zafrul akan bertanding di salah satu kawasan di negeri tersebut.

Bahkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Majlis Penutup dan Makan Malam Konvensyen BN Selangor, di Pusat Konvensyen Setia Alam malam tadi, berkata, Tengku Zafrul
juga sudah menjadi ahli Umno cawangan Jalan Travers sejak 1993.

Dalam masa sama, prestasi bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) sejak dua tahun menjadi Menteri Kewangan turut dibangkitkan orang ramai.

Hal ini kerana, penyokong Umno sebelum ini menyalahkan semua polisi kewangan memandangkan pelantikan Zafrul itu berlaku semasa pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Muhyiddi Yassin.

“Hari itu macai-macai Umno salahkan semua polisi kewangan pada zaman PPBM sebab Tengku Zafrul dilantik oleh Muhyiddn.

“Jadi, semua yang kutuk tu, salah siapa?” tempelak Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Sementara itu, ada berpendapat Umno Selangor sudah ketandusan calon PRU15 selain menganggap bukan mudah untuk BN merampas negeri tersebut.

“Selangor dah jadi macam Kelantan. Susah parti lain nak menyelit. PH (Pakatan Harapan) terbaik,” kata Karim Ismail.

Malam tadi, Zahid berkata, Zafrul juga adalah anak Selangor dan kesesuaian itu adalah tepat untuk Tengku Zafrul menerima tawaran jawatan tersebut.

Tambahnya, Zafrul juga boleh menyumbang kekosongan yang diserahkan Datuk Seri Jamal Yunus.

Baca juga Lain macam dia punya ikhlas, netizen geli hati lihat meja pun boleh jadi ‘mangsa’

Baca juga Niat jumpa untuk meminang, pasangan terkejut bapa wanita teruskan dengan pernikahan