Sekian lama menanti, impian pemandu lori bersama 6 anak miliki rumah baru tercapai

Oleh NASUHA RAHMAN

Sekian lama menanti impian seorang pemandu lori bersama 6 anak mereka untuk memiliki rumah baru akhirnya tercapai dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.

Pemandu lori, Shukri Abu Asan yang mahu memiliki rumah sendiri menjadi realiti melalui projek ‘Baiti Jannati’ dengan kos sebanyak RM60,000.

Rumah yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, bilik mandi, dapur dan perabot asas tersebut telah berjaya disiapkan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program CSR TNB.

Sebagai ADUN Fadzil yang peduli kesulitan hidup yang ditanggung oleh golongan marhaen berasa lega apabila dapat membantu menyediakan rumah kepada rakyat di kawasannya.

“Rumah yang telah berjaya disiapkan dan didiami oleh Shukri bersama isteri dan enam orang lagi anak mereka yang masih berada di bangku sekolah ternyata meringankan beban yang ditanggung selama ini apabila mereka terpaksa menyewa kediaman lain yang turut menjejaskan perbelanjaan setiap bulan.

“Dengan kos pembinaan yang agak tinggi tersebut serta sokongan TNB ternyata masalah perumahan penduduk miskin dalam kawasan Dun Permatang Pasir telah berjaya diatasi.

Duka rakyat terubat juga apabila memiliki kediaman sendiri dan ia merupakan visi utama yang diperjuangkan sejak mewakili penduduk dalan Dun Permatang Pasir,” ujar beliau ketika dihubungi.

Tambah Faiz, kediaman yang baru disempurnakan ini merupakan rumah keempat yang telah berjaya disiapkan dan diduduki oleh keluarga miskin yang memerlukan dalam kawasan Dun Permatang Pasir yang beliau wakili.

Baca juga: Dua beradik maut – TNB nafi talian terputus daripada tiang