Malaysia Dateline

Selepas 36 tahun Argentina muncul juara Piala Dunia

Selepas 36 tahun Argentina muncul juara Piala Dunia tahun setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti semalam.

Terdahulu, kedua-dua pasukan beraksi dengan begitu sengit sehingga terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argentina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico.

Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.

Dilabel antara perlawanan akhir paling dramatik dalam sejarah, Argentina menumbangkan juara bertahan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.

Lionel Messi akhirnya bergelar pemenang Piala Dunia.

Sementara itu, perhatikan pada baju pemain-pemain Argentina terdapat lambang seekor ayam jantan tapi betul ke tu ayam atau orang salah anggap macam logo satu kelab paling kelakar dekat EPL?

Haiwan yang ada dekat logo sememangnya ayam. Kenapa pula mereka pilih ayam?

“Macam kelakar pun ada, kenapalah tak pilih haiwan yang garang sikit.

‘Semuanya bermula zaman Rom dulu. Orang Rom suka ejek orang Frank sebagai gaul yang bermaksud ayam jantan.

“Lama kelamaan ejekan itu bertukar kepada lambang kebanggaan apabila Perancis menggunakan logo ayam jantan bermula era monarki.

‘Katanya ayam jantan itu bermaksud keberanian dan kemegahan,”komen Azmil Azali.

Menurut Azmil memasuki era revolusi, ayam jantan telah berubah daripada lambang diraja kepada lambang rakyat dan negara.

“Malah ayam jantan menjadi simbol penolakan terhadap sistem beraja.

“Ketika perang dunia pertama pula, ayam jantan diangkat sebagai simbol keberanian rakyat Perancis menentang segala anasir jahat yang cuba menjajah negara mereka,” katanya.

Sejak itu, ayam jantan menjadi lambang kebanggaan orang Perancis.

Jadi dekat Perancis ini korang boleh nampak begitu banyak lambang ayam jantan. Salah satunya adalah dekat jersi mereka.

Baca juga: Selepas Jamal tinggalkan MN, Ummi Nazeera pun sama ucap selamat tinggal