Seorang pakar nefrologi Dr Rafidah Abdullah bertindak ‘sekolahkan’ CIMB selepas wangnya berjumlah RM13,000 lesap dipercayai dilakukan scammer.
Beliau menegaskan bahawa aspek sekuriti adalah tanggungjawab pihak bank dan tidak harus menuding jari kepada pelanggan pulak.
“Jangan nak salahkan pelanggan pulak. Tak kiralah pelanggan tekan link apa pun. Keselamatan anda mesti dipelihara. Itulah tugas dan tanggungjawab anda (pihak bank),” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus membuat ‘bising’ sehingga pihak bank memperketatkan sekuriti.
“Jangan biarkan anda pula dipersalahkan oleh bank. Ini bukan salah anda. Jangan tertipu.
Bank Negara Malaysia! Di mana kamu?
“Kenapa tidak tegas menangani isu scam ini? Tutup sahaja bank yang tidak ada SOP atau sekuriti bermasalah. ASAP. Tegaslah sedikit. Lindungi rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Baca juga Jangan tunggu hujung bulan, ‘Mat Saleh’ ini nasihat dapat saja gaji simpan 10 peratus