Gara-gara memanjat balkoni jiran untuk merakam video mangsa mandi melalui tingkap tandas, seorang bekas peguam dijatuhi hukuman penjara 12 minggu oleh Mahkamah Singapura hari ini.
Dalam insiden cubaan merakam video pada 23 November 2020 itu lelaki berkenaan belum sempat berbuat demikian apabila mangsa menjerit selepas menyedari kehadirannya.
Akibatnya, lapor Agensi dipetik Berita Harian, lelaki tersebut melarikan diri ke rumahnya tanpa sempat melakukan rakaman.
Wanita itu kemudiannya memberitahu suaminya dan mereka bersemuka dengan suspek, sebelum lelaki berusia 32 tahun itu meminta maaf dan merayu supaya hal tersebut tidak diperbesarkan.
Suami mangsa kemudiannya nekad melaporkan kepada pihak polis walaupun dia sendiri mendapati tiada rakaman lain di dalam telefon itu.
Mengikut siasatan polis, lelaki berkenaan mengakui sudah merakam video mangsa yang sedang mandi sejak beberapa bulan lalu dan kemudian memadamnya.
Suspek mendakwa tindakan yang dilakukannya itu disebabkan tekanan kerja sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Baca juga Ngeri! Terbakar selepas berlanggar, wanita rentung ditemui dalam kereta